Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Posted by Tegarfishing Club on Friday, January 21, 2011 in


SHAH ALAM 20 JAN : Ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan Umno-Barisan Nasional sebagai terkial-kial dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan sensitiviti kaum di negara ini.
Ujarnya, kerajaan selaku pentadbir harus segera mencari jalan penyelesaian mahupun jalan damai berhubung isu novel Interlok daripada membiarkannya berlarutansehingga mencetuskan pelbagai insiden yang tidak diingini.
"Mereka beri ruang seluas-luasnya kepada kekontangan idea ini untuk mencetus ketidakpuasan kaum itu sendiri," kata Abdullah.
Menurut Abdullah, lebih malang apabila setiap cadangan yang Pakatan Rakyat dianggap sebagai pihak yang sengaja mencetuskan huru-hara.
Semalam Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan badan-badan bukan kerajaan yang terdiri daripada pihak persatuan penulis, budayawan dan NGO India,   yang berjaya mencari jalan penyelesaian berkenaan Interlok dengan mencadangkan tiga garis panduan kepada kerajaan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Tiga cadangan itu hasil daripada dialog yang dikenali sebagai "pertemuan muhibbah" yang dianjurkan oleh sayap PAS itu.
"Namun yang jelas ialah bila mana Umno dan Barisan Nasional ini dan Kementerian Pelajaran tidak memandang semua ini sebagai jalan penyelesaian. Mungkin kerana maruah mereka atau kerana mereka malu kerana terlalu gelojoh memberikan lontaran pandangan tanpa melihat kepada pandangan-pandangan bawahan.
"Sebab itu saya tidak terperanjat cadangan baik macam mana pun mereka tidak pernah memandang kita sebagai pelunas permasalahan tetapi mereka lebih gemar memandang kita berperanan dalam memecah belahkan," tambah Abdullah Sani lagi.  
Menurut Abdullah, begitu lah corak pentadbiran Umno-Barisan Nasional sejak dahulu lagi dan kontroversi melibatkan isu perkauman seolah-olah dijadikan modal politik mereka.
"Mereka lebih suka mencari jalan pintas atau mengambil sikap tutup pintu daripada memberikan ruang orang lain mencari jalan penyelesaian yang baik dan watak-watak ini yang akan menghancurkan perpaduan di dalam negara kita ini.
0 Responses to “Interlok Kerajaan Umno-BN Masih Terkial-kial 20/01/2011 Share”:

Post a Comment