Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Gerai dan Medan Selera MDKL

CATEGORY: | Wednesday, March 24, 2010
0
Gerai MDKL  ini terletak di Jalan Sultan Sulaiman Shah ( Jalan Ubi ). Ia bersebelahan dengan Taman Seri Jugra dan Sekolah Agama Jugra. Kedudukannya yang strategik kerana kawasan ini terletak berhampiran Pengkalan Udara ( TUDM ) Jugra , pusat pengajian seperti Kolej Komuniti Kuala Langat dan sekolah menengah sains yang sedang dalam pembinaan.

Terima kasih kepada pihak MDKL kerana memberi ruang kepada peniaga-peniaga kecil untuk membuka dan mengembangjan perniagaan mereka dengan lebih mudah, selamat dan bersistematik.

Semoga dengan wujudnya ruang niaga ini, para peniaga dapat menjalankan perniagaan dengan selesa dan dapat memberi layanan yang terbaik kepada pelangan.




Karnival Belon Udara Panas Antarabangsa Filipina

CATEGORY: , | Thursday, March 18, 2010
0



 
Papanga Filipina



Banting -Saya mengucapkan terimakasih kepada MDKL kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk sama-sama membantu kerajaan Negeri Selangor  mempromosikan sukan udara khususnya sukan paramotor dan para gelaiding di Daerah Kuala Langat di Karnival Belon Udara Panas Antarabangsa kali ke 15 di Airforce City Clerk Field Papanga Filipina.


Apa yang membanggakan saya, deligasi kami yang di ketuai oleh Ketua Juruterbang merangkap jurulatih penerbangan Paramotor dan ParaGelaiding  pasukan Malaysia dan MDKL Left.Kolonel (B) Basir telah diberi kepercayaan oleh pihak penganjur untuk mengetuai semua peserta paramotor  termasuk daripada UK, Indonesia, Amerika Syarikat dan juga tuan rumah Filipina untuk menyusun  waktu penerbangan dan juga formasi-formasi yang akan dilakukan semasa penerbangan .


Apa yang menarik dan membanggakan saya ialah nama Malaysia disebut oleh pengulas apabila pasukan paramotor  membuat persembahan. Othman bin Dol Ahli majlis MDKL yang juga Ahli Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pelaburan ,Perjawatan,Teknologi Matlumat dan Komunikasi, Penguatkuasa Belia dan Sukan MDKL ketika dihubungi  berkata, Beliau melihat sukan udara ini berpotensi untuk menarik pelancung khususnya di Daerah Kuala Langat yang mana Kuala Langat mempunyai prasarana tersebut khususnya sukan Paramotor dan paragelaiding di Bukit Jugra.


Apa yang menarik perhatian beliau ialah komitmen yang diberikan oleh syarikat-syarikat koperat dalam menjayakan karnival ini,sebanyak 18 syarikat koperat terlibat secara langsung bagi membantu karnival ini berjalan dengan lancar dan meriah.Beliau juga mengharapkan supaya Juruterbang yang dihantar ke karnival tersebut dapat menimba pengalaman khususnya juruterbang MDKL yang di ketuai oleh En.Zain dan Norhisham supaya  pengalaman yang diperolehi di karnival ini digunakan secara maksima khususnya dari segi teknik memulakan penerbagan dan keselamatan supaya ianya lebih berkesan semasa Unit Udara MDKL ini  menjalankan penguatkuasaan melalui udara dilakukan.


Beliau juga meminta supaya keselamatan diutamakan terutama dari sudut kesesuaian pakaian ,beliau melihat kasut yang digunakan oleh juruterbang MDKL sangat tidak bersesuaian dan mudah mengalami kecederaan sekiranya pendaratan yang kurang sempurna dilakukan. Adalah menjadi harapan beliau, sukan ini dapat mempopularkan Negeri Selangor dan Kuala Langat khasnya di persada antarabangsa.


Gambar kontijen Malaysia & MDKL

Dari kiri Zain Juruterbang utama MDKL,Othman selaku Pengawai Pengiring dan Norhisham Pembantu juruterbang dan jeruterbang ke 2.MDKL

En.Othman selaku Pegawai Pengiring menyampaikan risalah pelancungan Malaysia khususnya Negeri selangor dan kuala langat kepada salahseorang Ahli Jawatankuasa penganjur Pesta Antarabangsa Belon Udara Panas kali 15 di Air Force City Clerk Field Papangga Filipina.

Jalurgemilang megah berkibar di Ruang udara Airforce Cilty Clerk Field Papangga Filipina
 
Kapten Farid salah seorang daripada juruterbang Paramotor Malaysia bersiap sedia untuk membuat penerbangan.

Leftenan Kol.(B) Basir selaku Ketua Juruterbang PasukanParamotor Malaysia turut menyampaikan risalah pelancungan Malaysia dan Selangor kepada Salah seorang Pengerusi Penaja Penganjur Karnival Belon Udara Panas Antarabangsa kali 15 di Air Force City Clerk  Field Papangga Filipina di iringan oleh En.Othman bin Dol selaku Pengurus Pasukan Paramotor Malaysia yang juga Ahli Jawatankuasa tetap kewangan,pelaburan,Perjawatan,Teknologi Maklumat dan Komunikasi,Kebudayaan Belia dan Sukan MDKL




Stor Peluru - Jugra

CATEGORY: | Tuesday, March 9, 2010
0

Monumen : Stor Peluru
Daerah : Kuala Langat
Mukim : Bandar Jugra
Luas : 2469 meter persegi

StorPeluru merupakan tempat atau ruang penyimpanan kelengkapan perang khususnya peluru-peluru ataupun alat-alat bedilan. Kedudukannya berhampiran dengan bekas Pejabat Daerah Lama dan Tempat Bakar Kayu Arang( kini tinggal tapak sahaja). Secara keseluruhannya bangunan ini berbentuk ‘Dome’ yang dibina dari bahan simen dan mempunyai sebuah pintu.

Ia juga dilengkapi dengan lubang udara berfungsi untuk peredaran udara didalam ruang simpan peluru tersebut. Dilihat dari segi geografi, tempat ini terletak berhadapan dengan aliran Sungai Langat yang dapat mempermudahkan proses pengangkutan peluru ke kawasan-kawasan yangberhampiran mahupun ke tempat penyimpanan.

Istana Bandar - Kg. Bandar

CATEGORY: |
0

Monumen : Istana Bandar/ Alaeddin
Daerah : Kuala Langat
Mukim : Bandar
Luas : 12.96 ekar


Istana Bandar mula dibina pada penghujung abad ke 19 dan siap sekitar tahun 1905. Ia terletak sejauh 20 km dari Bandar Banting dan kedudukannya berhampiran dengan Masjid Sultan Alaeddin. Ia dijadikan tempat bersemayam baginda Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah bersama pemaisuri baginda, Hajjah Safiah hinggalah baginda mangkat pada tahun 1889. Pada tahun 1926 Istana Bandar dijadikan tempat pertabalan Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah sebagai sultan ke tujuh Negeri Selangor Darul Ehsan. Istana ini dikatakan mempunyai 15 buah bilik dan dibina dengan adunan senibina Islam dariIndia dan Timur Tengah.


Istana ini turut dibina bersama-sama dengan tukang-tukang Cina mahir yang menerapkan unsur-unsur seni ukiran dan ragam hias pengaruh Cina. Selain itu binaan bangunan Istana ini juga mempunyai lanskap yang menarik serta kolam-kolam yang terletak di bahagian hadapan istana. Selepas merdeka tahun 1957 istana ditinggalkan kerana pemindahan pusat pemerintahan ke Kuala Lumpur. Istana ini telah dijadikan Pusat Kraftangan Daerah tetapi telah dikosongkan semula kerana kurang mendapat sambutan.  Pada tahun1988 istana ini dibaikpulih semula setelah mengalami kerosakan yang teruk. Istana ini pernah dijadikan sebagai Pusat Tahfiz Al-Quran olehJabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Masjid Sultan Alaeddin - Kg. Bandar

CATEGORY: |
0

Masjid ini telah dibina dalam Kampung Bandar pada tahun 1924 oleh Almarhum Sultan Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa. Masjid ini telah dirasmikan oleh baginda pada tahun 1926. Dan pernah dijadikan Masjid Negeri Selangor pada zaman itu. Ia dibina atas ilham baginda sendiri dan baginda sering membaca khutbah jumaat di masjid ini. Dari segi rekabentuk masjid ini menerima pengaruh dari kerajaan Deli, Medan. Ini berkemungkinan di Sumatera Utara selain daripada ajaran agama islam,unsur-unsur senibina dan sosial masyarakat dari daerah tersebut telah diterapkan pada senibina masjid.

Balai Cerap

CATEGORY: | Monday, March 8, 2010
0

Balai cerap angkasa ialah sebuah alatan di angkasa lepas yang digunakan untuk memerhatikan planet-planet, galaksi, dan objek-objek angkasa lain. Balai cerap di Bukit Jugra ini adalah antara balai cerap di Malaysia untuk melihat anak bulan Ramadan, Syawal & Zulhijah.

Perigi Lama Jugra

CATEGORY: |
0
Monumen : Perigi Lama Jugra
Daerah : Kuala Langat
Mukim : Bandar Jugra

Tapak Perigi Lama Jugra ini terletak di kaki Bukit Jugra, kira-kira 200 meter dari Bangunan Muzium Tapak (Insitu) Jugra, Kuala Langat. Tapak Perigi Lama ini di jumpai semasa kerja-kerja survei arkeologi dijalankan pada bulan November 2001. Di sekitar tapak ini terdapat beberapa unit perigi lama yang dipercayai digunakan sebagai sumber air pada masa dahulu.  Di kawasan tapak ini juga dipercayai terdapatnya runtuhan banguan berdasarkan jumpaan sebahagian kecil tembok atau dinding batu yang masih elok semasa kerja-kerja carigali dijalankan pada tahun 2003. Selain jumpaan tembok batu tersebut, jumpaan-jumpaan lain seperti serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam juga telah ditemui.  

Makam DiRaja Lama Jugra

CATEGORY: |
0

Makam Diraja Jugra merupakan sebahagian dari bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada sekitar tahun 1886. Kawasan ini juga di kenali sebagai kompleks Makam Diraja dan secara keseluruhanya, kawasan permakaman ini berpagar. Antara makam yang terdapat dalam Kompleks ini adalah Makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah mangkat pada bulan Februari 1898.


Memerintah dari tahun 1859 hingga 1898, Manakala makam-makam lain yang telah terletak dibahagian luar Kompleks antaranya adalah Makam Almarhum Tengku Muda Musa, Makam Almarhumah Tunku Alfah binti Almarhum Sultan Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat, Makam Almarhumah Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul Samad dan Yang Mulia Raja Kahar. Makam Sultan Abdul Samad terletak di atas Bukit Jugra meliputi kawasan seluas 5 ekar, terdapat antara lain binaan kompleks Makam DiRaja Jugra yangmana merupakan makam Sultan Abdul Samad.

Penjara Lama Jugra

CATEGORY: |
0

Penjara Jugra atau dahulu dikenali sebagai Rumah Pasung ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Ia merupakan penjara pertama di Negeri Selangor dan dibina daripada batu granit yang amat unik. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad sekitar 1870-an semasa Jugra menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Selangor. Pada masa sekarang hanya tinggal beberapa bahagian tembok binaan yang masih kukuh dan penjara ini telah dibaik pulih dan dipelihara oleh pihak Lembaga Muzium Selangor.

Pejabat Lama Daerah Jugra

CATEGORY: |
0

Bangunan yang merupakan bekas Pejabat Daerah Kuala Langat terletak di lereng Bukit Jugra dan berhampiran dengan Sungai Langat. Bangunan ini dibina pada tahun 1876 dan dibina daripada batu granit dan mempunyai dua tingkat. Atapnya pula adalah jenis yang sama dengan atap yang digunakan di Istana Jugra. Bangunan ini merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris. Ia juga memberi bukti dan gambaran berhubung dengan sistem pemerintahan Inggeris di Selangor.Pejabat Daerah ini telah digunakan sebagai pusat pentadbiran yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan dan perundangan negeri.Di dalam bangunan ini juga terdapat bank dan mahkamah yang bertujuan untuk mempermudahkan pengurusan. Bangunan ini perlu di pelihara supaya dapat dijadikan salah satu kawasan yang memperlihatkan kesan dan tinggalan penjajahan Inggeris khususnya di daerah Kuala Langat da Selangor amnya.