Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Corat coret Program Sehari Ceria MPP Zon 16 2010 (1)

CATEGORY: , , | Tuesday, August 31, 2010
0
ACARA SUKANEKA

Pertandingan Melukis
Pertandingan Melukis kanak2 Tadika
Tekunnya kanak2 melukis
Penerangan ringkas sebelum bermula.
Acara Padang





PAMERAN



PARAMOTOR

Program Sehari Ceria ~2010

CATEGORY: , | Sunday, August 29, 2010
0

Tarikh  : 25 Julai 2010
Hari      : Ahad
Waktu  : 08:00 pagi Hingga 05:00 petang
Tempat : Padang Maahad Integrasi Tahfiz, Sains & Teknologi
               (Istana Alaeddin, Kampung Bandar, Banting Selangor)

Anjuran : MPP Zon 16 - Majlis Daerah Kuala Langat  


Sehari Ceria Bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 16 adalah kesinambungan dari majlis yang lalu iaitu Karnival Mesra Rakyat MPP Zon 16 yang telah diadakan pada tahun 2009. Program kali ini walaupun ada kelainan seperti program yang lalu, tetapi ia masih lagi menekankan konsep mengeratkan perhubungan sesama penduduk dibawah kawasan pentadbiran Mpp Zon 16 Majlis Daerah Kuala Langat.

Kalau dulunya Karnival Mesra Rakyat telah dilangsungkan setiap hujung minggu selama sebulan di beberapa lokasi, tetapi kali ini ia hanya diadakan satu hari di perkarangan Maahad Tahfiz, Sains Dan Teknologi (MITIB) Istana Bandar (rujuk hebahan yang lalu).

Pelbagai aktiviti yang dilancarkan pada hari tersebut. Antaranya pertandingan melukis untuk murid-murid tadika, sukaneka bagi penduduk, persembahan paramotor dan silambam, pameran jualan serta beberapa acara program yang lalu seperti program sebakul makanan .

Untuk program sebakul makanan ini, telah disediakan sebanyak 100 bungkusan berupa barangan makanan seperti beras, susu, gula, tepung dan sebagainya. 100 bungkusan ini diagih-agihkan kepada 5 buah kampung dibawah kawasan pentadbiran MPP Zon 16 seperti Kampung Bandar, Kampung Sawah, Kampung Sungai Buaya, Kampung Permatang Pasir dan Jugra. Mereka-mereka adalah dari golongan yang kurang bernasib baik yang telah dipilih oleh Ketua kampung masing-masing. Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam bulan Ramadan yang akan berkunjung tiba tidak lama lagi.

Program kali ini sekali lagi telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat iaitu YB. Abdullah Sani Bin Abdul hamid. Dalam ucapannya beliau amat berharap agar Ketua-ketua Kampung dapat memantau golongan-golongan yang kurang bernasib baik supaya dapat diberi perhatian sebaiknya (rujuk berita Sinar Harian) . Beliau juga akan berjanji menaik taraf ekonomi serta memberi bantuan kepada Badan-badan kebajikan, sekolah-sekolah serta kepada mereka yang memerlukan. Setelah itu beliau bersama tetamu-tetamu VIP yang lain menyampaikan bungkusan program sebakul makanan serta melawat-melawat gerai-gerai pameran dan jualan.

Respon dari penduduk yang menghadiri program ini adalah amat memberansangkan. Dimana mereka berharap agar program ini dapat diadakan setiap tahun. Disamping dapat membantu penduduk-penduduk meningkatkan taraf ekonomi dalam jualan ketika program ia juga memupuk semangat persaudaraan serta mendekatkan lagi pemimpin-pemimpin masyarakat kepada penduduk setempat.

Sila klik disini untuk melihat gambar-gambar aktiviti Program.

Semoga kita kan berjumpa lagi dalam program sedemikian dilain waktu. InsyAllah.