Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Jambatan Kampung Sawah bersedia untuk beroperasi

CATEGORY: , | Saturday, January 7, 2012
0
Jambatan Kampung Sawah/Pulau Carey

Menghubungkan :-
- Klang, Sijangkang, Telok Panglima Garang, Pulau Carey
- Kg. Sawah, Kg Sungai Buaya, Kg. Bandar, Permatang Pasir, Bandar Banting Baru, Kg. Kelanang, Jugra.
 
Setelah lebih dari 5 tahun projek ini terbengkalai, akhirnya jambatan yang merentangi sungai Langat ini berjaya juga disiapkan. Jambatan yang menghubungkan antara Segenting di Telok Panglima Garang ke Kampung Sawah di Jugra, kini menjalani kerja2 akhir untuk siap dan dibuka sepenuhnya.

Sewaktu SG membuat tinjauan ke jambatan tersebut pada awal minggu ini, Walaupun ia belum dibuka sepenuhnya, tetapi sudah banyak kenderaan yang melalui jambatan ini. Ini terbukti ketika waktu puncak pergi dan balik kerja, sudah ramai lebih selesa melalui jambatan tersebut. Dianggarkan ketika ini, lebih dari 300 kenderaan melaluinya setiap hari.


Kenapa mereka tidak sabar untuk melalui jambatan ini?. Jawapannya mudah, mereka yang berulang alik bekerja atau urusan lain dari kawasan Jugra menghala ke Klang atau sebaliknya dapat menjimatkan masa yang banyak sekiranya melalui jambatan ini. Dahulu mereka terpaksa melalui pekan Banting yang pada ketikanya diwaktu puncak dan terperangkap didalam kesesakan, akan mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit untuk sampai ke pekan Telok Panglima Garang. Tetapi setelah melalui jalan pintas ini, hanya 10 hingga 15 minit diperlukan untuk sampai ke destinasi sama.

Peta lokasi perjalanan ke Jambatan Kampung Sawah


View Larger Map

Secara geografinya kedudukan Telok Panglima Garang ini hanyalah terletak bersebelahan dengan Kampung Sawah di Jugra dan hanya dipisahkan oleh sungai Langat sahaja. Tetapi dengan tiada jalan alternatif sebelum ini, penduduk disini terpaksa membuat pusingan u-turn yang jauh dimana terpaksa melalui pekan Banting, Sungai Manggis dan Jenjarom sebelum sampai ke Telok Panglima Garang. Oleh itu siapnya Jambatan ini sememangnya dialukan2 oleh penduduk setempat untuk lebih memudahkan perjalanan disamping mengurangkan kesesakan jalanraya yang berlaku di pekan Banting.

Selepas ini, penduduk setempat tidak susah lagi untuk keluar kemana2 destinasi ke luar daerah. Sesudah siapnya projek lebuhraya SKVE yang sedang rancak dalam pembinaan nanti, mereka tidak lagi perlu melalui Klang dan Banting. Ini kerana persimpangan susur keluar lebuhraya SKVE ini berada disekitar Telok Panglima Garang. Dipendekkan cerita tidak jauh dari jambatan Kampung Sawah ini, mereka dapat terus memasuki susur keluar SKVE yang terletak di jalan utama Klang Banting. Mudah, pantas dan hanya sediakan duit tol sahaja.. Jadi apa tunggu lagi, jom cuba penjimatan masa melalui jambatan Kampung Sawah ini.

Pemandangan Bukit Jugra sewaktu petang dari asas jambatan
Antara Jetty memunggah barang dikiri & kanan Jambatan
Boleh dilalui. Walaupun hanya sebelah jalan sahaja dibuka

p/s: Benggang juga bila tengok pemandu2 ni ada yang membawa kenderaan mereka dengan laju dikawasan kampung dan perumahan. Apalagi yang mereka  nak kejar? Tak cukupkah penjimatan masa yang telah diberikan. Malang tak berbau dan beringat sebelum kena. (lagi2 kalau cermin kereta nanti kena baling). sendiri mau ingat yer.


Sumber cetakkan : Jalan alternatif dari Klang ke Jugra

BERITA TEKINI

CATEGORY: | Monday, March 7, 2011
0

JADUAL YB TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID (April 2011)

CATEGORY: | Monday, February 28, 2011
0
Program        :Mesyuarat JK Infrastruktur MDKL bil 4 /2011
Anjuran         :Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan MDKL
Tarikh          :12 hb April 2011
Masa            :09.00pagi
Tempat        :Bilik Cempaka Kuning MDKL

Program        :Menghadiri Majlis Pengurniaan Pingat Negeri Selangor
Anjuran         :
Tarikh          :12 hb April 2011
Masa            :02.00ptg
Tempat        :Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam.

Program        :Mesyuarat JK Kawalan Perniagaan Dan Kesihatan bil.4/2011
Anjuran         :Jab.Perkhidmatan Bandar Dan Persekitaran Majlis Daerah Kuala Langat
Tarikh          :13 hb April 2011
Masa            :09.00pagi
Tempat        :Bilik Cempaka Kuning MDKL

Program        :Mesyuarat JK Kewangan bil.4/2011
Anjuran         :Jab.Perbendaharaan Majlis Daerah Kuala Langat
Tarikh          :14 hb April 2011
Masa            :09.00pagi
Tempat        :Bilik Cempaka Kuning MDKL

Program        :Mesyuarat JK Kemasyarakatan bil.4/2011
Anjuran         :Jab.Belia Dan Kemasyarakatan Majlis Daerah Kuala Langat
Tarikh          :15 hb April 2011
Masa            :09.00pagi
Tempat        :Bilik Cempaka Kuning MDKL

Program        :Mesyuarat JK Perkhidmatan Dan Teknologi Maklumat bil.4/2011
Anjuran         :Jab.Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Kuala Langat
Tarikh          :18 hb April 2011
Masa            :09.00pagi
Tempat        :Bilik Cempaka Kuning MDKL

Program        :Mesyuarat JK Pengindahan Bandar bil.4/2011
Anjuran         :Jab.Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Kuala Langat
Tarikh          :19 hb April 2011
Masa            :09.00pagi
Tempat        :Bilik Cempaka Kuning MDKL

Program        :Mesyuarat Majlis Daerah Kuala Langat bil.4/2011
Anjuran         :Jab.Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Kuala Langat
Tarikh          :27 hb April 2011
Masa            :09.00pagi
Tempat        :Bilik Cempaka Kuning MDKL

Hebahan Iklan Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Pertama Tahun 2011

CATEGORY: | Monday, January 31, 2011
0
Melalui surat hebahan dengan rujukan:IPK.SEL.40013/1 Jld.48(6) bertarikh 19 Januari 2011 bersama lampiranya dengan ini mempelawa pelajar-pelajar yang berminat untuk memohon.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

1-Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

( i )     Pemohon lahir di negeri Selangor atau
( ii )    Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau
( iii )   Pemohon Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;atau
( iv)    Pemohon telah bermastautin lebih dari 5 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

2-Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

( i ) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta Peringkat Sijil di Politeknik/Kolej Komuniti(tidak termasuk Matrikulasi/Kursus Persediaan/Tahun Asas/A-Level/ACCA/Ijazah Lanjutan)

( ii ) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor.

Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari (1) tahun sahaja.

3-Pemohon juga mesti memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

Peringkat Pengajian
Ijazah Pertama          

Kelayakan Akademik
*Memperolehi kelayakan Sijil Tahunan Asas/Pra-Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas;atau

*Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM atau

*Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di pringkat STAM

Peringkat Pengajian
Diploma

Kelayakan Akademik
* Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM atau;

*Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 keatas

Peringkat Pengajian
Sijil (IPTA)

Kelayakan Akademik
*Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran diperingkat SPM

Peringkat Pengajian
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)

Kelayakan Akademik
*Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelaaran di peringlat SPM

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

Sila Hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor .

Ditalian:03-55447480/55212275

Interlok Kerajaan Umno-BN Masih Terkial-kial 20/01/2011 Share

CATEGORY: | Friday, January 21, 2011
0


SHAH ALAM 20 JAN : Ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan Umno-Barisan Nasional sebagai terkial-kial dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan sensitiviti kaum di negara ini.
Ujarnya, kerajaan selaku pentadbir harus segera mencari jalan penyelesaian mahupun jalan damai berhubung isu novel Interlok daripada membiarkannya berlarutansehingga mencetuskan pelbagai insiden yang tidak diingini.
"Mereka beri ruang seluas-luasnya kepada kekontangan idea ini untuk mencetus ketidakpuasan kaum itu sendiri," kata Abdullah.
Menurut Abdullah, lebih malang apabila setiap cadangan yang Pakatan Rakyat dianggap sebagai pihak yang sengaja mencetuskan huru-hara.
Semalam Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan badan-badan bukan kerajaan yang terdiri daripada pihak persatuan penulis, budayawan dan NGO India,   yang berjaya mencari jalan penyelesaian berkenaan Interlok dengan mencadangkan tiga garis panduan kepada kerajaan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Tiga cadangan itu hasil daripada dialog yang dikenali sebagai "pertemuan muhibbah" yang dianjurkan oleh sayap PAS itu.
"Namun yang jelas ialah bila mana Umno dan Barisan Nasional ini dan Kementerian Pelajaran tidak memandang semua ini sebagai jalan penyelesaian. Mungkin kerana maruah mereka atau kerana mereka malu kerana terlalu gelojoh memberikan lontaran pandangan tanpa melihat kepada pandangan-pandangan bawahan.
"Sebab itu saya tidak terperanjat cadangan baik macam mana pun mereka tidak pernah memandang kita sebagai pelunas permasalahan tetapi mereka lebih gemar memandang kita berperanan dalam memecah belahkan," tambah Abdullah Sani lagi.  
Menurut Abdullah, begitu lah corak pentadbiran Umno-Barisan Nasional sejak dahulu lagi dan kontroversi melibatkan isu perkauman seolah-olah dijadikan modal politik mereka.
"Mereka lebih suka mencari jalan pintas atau mengambil sikap tutup pintu daripada memberikan ruang orang lain mencari jalan penyelesaian yang baik dan watak-watak ini yang akan menghancurkan perpaduan di dalam negara kita ini.