Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Posted by Tegarfishing Club on Monday, January 31, 2011 in
Melalui surat hebahan dengan rujukan:IPK.SEL.40013/1 Jld.48(6) bertarikh 19 Januari 2011 bersama lampiranya dengan ini mempelawa pelajar-pelajar yang berminat untuk memohon.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

1-Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

( i )     Pemohon lahir di negeri Selangor atau
( ii )    Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau
( iii )   Pemohon Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;atau
( iv)    Pemohon telah bermastautin lebih dari 5 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

2-Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

( i ) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta Peringkat Sijil di Politeknik/Kolej Komuniti(tidak termasuk Matrikulasi/Kursus Persediaan/Tahun Asas/A-Level/ACCA/Ijazah Lanjutan)

( ii ) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor.

Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari (1) tahun sahaja.

3-Pemohon juga mesti memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

Peringkat Pengajian
Ijazah Pertama          

Kelayakan Akademik
*Memperolehi kelayakan Sijil Tahunan Asas/Pra-Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas;atau

*Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM atau

*Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di pringkat STAM

Peringkat Pengajian
Diploma

Kelayakan Akademik
* Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM atau;

*Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 keatas

Peringkat Pengajian
Sijil (IPTA)

Kelayakan Akademik
*Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran diperingkat SPM

Peringkat Pengajian
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)

Kelayakan Akademik
*Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelaaran di peringlat SPM

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

Sila Hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor .

Ditalian:03-55447480/55212275
0 Responses to “Hebahan Iklan Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Pertama Tahun 2011”:

Post a Comment