Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Majlis Korban MPP Zon 16 - MDKL

CATEGORY: | Friday, December 4, 2009
0
Program Ibadah Korban Berkelompok MPP Zon 16 MDKL Dengan Kerjasama Surau AsSolehah Kampung Kurau, Bandar.


Koleksi Gambar Majlis

Powered by GoodWidgets.com
Tarikh : 29 November 2009
Hari : Ahad
Tempat : Surau AsSolehah Kampung kurau, Bandar
Masa : 08:30 pagi
  • - Penyerahan akad antara peserta korban dengan penyembelih
  • - Majlis penyembelihan & gotong royong melapah serta pengagihan daging korban
  • 12:30 tegahari
  • - Doa selamat
  • - Jamuan
  • - Bersurai

Program korban yang dianjurkan oleh MPP Zon 16 MDKL dan Surau As-Soleha Kg.Kurau Bandar merupakan program yang julung-julung kali di adakan dikawasan tersebut. Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan dengan melibatkan 72 orang peserta.Walaupun surau tersebut terletak di luar kawasan operasi,adalah menjadi harapan supaya kawasan-kawasan kawalan juga di beri pendedahan tenteng keterlibatan PBT yang selama ini tidak pernah diberitahu.Dengan berkonsepkan gotong royong ia dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim masyarakat setempat.



Koleksi Video Majlis

















Karnival Mesra Rakyat MPP Zon 16 MDKL - Majlis Penutup

CATEGORY: , | Wednesday, June 10, 2009
0

Upacara Majlis Penutup - Karnival Mesra Rakyat MPP Zon 16 MDKL

Tarikh : 19 Julai 2009
Hari : Ahad
Tempat : Padang Awam Pekan Chodoi, Kampung Bandar
Perasmian Penutup oleh :
YB Abdullah Sani B Abdul Hamid - Ahli Parlimen Kuala Langat

Galeri Gambar Majlis Penutup



Acara
  1. Sukaneka
  2. Pertandingan mewarna
  3. Persembahan kebudayaan & silat
  4. Karaoke suka-suka
  5. Tarik tali - akhir
  6. Demontrasi paramotor - paragliding
  7. Pameran dan jualan
  8. Program sebakul makanan sumbangan moreh


Dua pasukan tarik tali bergambar sebelum perlawanan akhir bermula

Pasukan tarik tali "BUAYA BERSATU" dari Kampung Sungai Buaya

Pasukan dari Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

Penyampaian hadiah Oleh YB Abdullah Sani B Abdul Hamid - Ahli Parlimen Kuala Langat

Antara persembahan paramotor yang dipandu oleh juruterbang MDKL En Norhisham cuba membuat pendaratan sambil diperhatikan jurulatih penerbangan kolonel Basir

Upacara penyampaian sebakul makanan kepada warga emas , ibu-ibu tunggal dan yang kurang berkemampuan oleh Ahli Parlimen kuala Langat. Antara VIP yang turut hadir ialah En. Arpaii B Hj. Sanat (wakil YDP MDKL) En. Abd Aziz B Kassim selaku penghulu Mukim Bandar & Jugra.

Antara para tetamu yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis penutup karnival




Karnival Mesra Rakyat MPP Zon 16 MDKL - Pelancaran

CATEGORY: , | Monday, June 8, 2009
0
LATAR BELAKANG PROGRAM

Karnival Mesra Raakyat MPP Zon 16 ini dianjurkan oleh MPP Zon 16 dengan kerjasama Masjid DiRaja Sultan Alaeddin Kampung Bandar, Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Bandar dan Persatuan-persatuan belia.

Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat terutama bagi penduduk kawasan MPP Zon 16. Selain itu, ianya juga diharap dapat memupuk semangat kerjasama, hormat menghormati dan rasa tanggungjawab terhadap persekitaran kawasan kejiranan melalui aktiviti yang bakal dijalankan.

Program ini bakal dipenuhi dengan pelbagai program kecil. Antara program yang dicadangkan ialah gotong royong dan karnival. Ini bukan bertujuan hiburan semata-mata, tetapi ianya akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang diharap dapat memberi impak positif kepada masyarakat penduduk amnya.

  • Gotong royong sekampung
  • Program ini dicadangkan dijalankan selama sebulan dan diadakan pada setiap hujung minggu. Dalam program ini, aktiviti gotong royong akan dijalankan secara berperingkat mengikut zon. Ianya adalah bertujuan agar program ini dapat meliputi seluruh kawasan MPP Zon 16. Zon-zon tersebut adalah merangkumi jalan-jalan utama dan aktiviti yang dicadangkan ialah memotong rumput dibahagian bahu jalan, membersihkan longkang dan parit yang tersumbat serta menanam pokok bunga. Kawasan lain yang dicadangkan untuk dijalankan aktiviti ini ialah kawasan perkuburan islam lama.
  • Karnival Mesra Rakyat MPP
  • Dalam program ini dicadangkan beberapa sub-aktiviti seperti gerai pameran dan jualan dari agensi kerajaan dan pihak swasta. Demonstrasi 'para motor MDKL', permainan alat kawalan jauh, persembahan kebudayaan, pertandingan putsal, dan bola jaring serta sukaneka. Program ini diharap dapat mendekatkan lagi masyarakat dan agensi-agensi kerajaan selain merapatkan lagi hubungan antara penduduk .
OBJEKTIF PROGRAM
  • -Memupuk rasa tanggungjawab pada alam sekitar
  • -Menghidupkan kembali budaya gotong royong dan melahirkan masyarakat sihat
  • -Mengeratkan lagi hubungan masyarakat tanpa mengira lapisan umur
  • -Mewujudkan budaya tolong menolong dalam masyarakat
  • -Mendedahkan masyarakat dengan pelbagai informasi melalui pameran
  • -Mengharmonikan masyarakat
GOLONGAN SASAR
  • Penduduk-pendudk dikawasan MPP Zon 16
PENGISIAN PROGRAM
  • Sukan dan sukaneka
  1. Futsal
  2. Bola Jaring
  3. Sukaneka
  4. Perandingan tarik tali
  5. Pertandingan mewarna (tadika)
  • Karaoke suka-suka
  • Gerai pameran dan jualan
  1. Kementrian Kesihatan
  2. PDRM- Caw. Trafik
  3. Bomba dan penyelamat
  4. JPA 3
  5. Agensi Dadah Kebangsaan
  6. Agensi Kewangan
  7. IKS
  8. Peniaga Kecil
  • Persembahan Kebudayaan
  1. Dabus
  2. Nasyid
  3. Cempuling
  4. Silat
  5. Koir
  • Ceramah Agama
MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL MESRA RAKYAT MPP ZON 16

Tarikh :
7 Jun 2009
Hari : Ahad
Tempat : Padang Awam Desa Permatang Jaya, Permatang Pasir
Perasmian Oleh :
YDP Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)
YDP Abdul razak Bin Jaafar

Acara

  1. Paramotor MDKL
  2. Perasmian COMBI
  3. Pertandingan bola jaring
















Sekapur Sireh

CATEGORY: | Sunday, January 11, 2009
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Golombang 8 March 2008 ,telah merubah lanskap politik negeri Selangor kepada satu era kepimpinan yang baru, tidak ketinggalan juga lanskap itu turut merubah kepimpinan peringkat kerajaan tempatan khususnya Ahi-ahli majlis.Dalam suasana yang serba baru dan masih dalam kejutan, sudah tentu turut memberi impak kepada suasana dan stuktur organisasi.Meminjam dari kata-kata Y.A.B Tan Sri Dato Menteri Besar "untuk merubah sesuatu perkara yang telah berlaku 50 tahun yang lalu tidak semudah dengan setahun atau dua tahun ia perlu mengambil masa yang panjang juga"Dengan berbekalkan kata-kata tersebut telah memberi semangat kepada ahli-ahli majlis yang baru dilantik untuk terus berkhidmat bagi membantu rakyat di bawah payung Kerajaan Pakatan Rakyat.Kita menyedari harapan rakyat supaya ada perubahan berlaku dalam era ini dan kita berkeyakinan perubahan itu sedang berlaku.Tidak adil sekiranya perbandingan itu dilakukan dengan kerajaan yang telah memerintah selama lebih 50 tahun.
 Kita wajar bersyukur kerana kita berada dalam sebuah negeri termaju dan lengkap dengan segala kemudahan asas dan prasarana. Kita juga maklum, terdapat sebahagian anggota masyarakat yang hidup mewah, manakala sebahagian lagi anggota masyarakat yang hidup miskin, ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".Dalam perkara seperti ini, kerajaan sekarang berpendapat kemajuan yang dicapai di negeri ini sewajarnya dinikmati bersama. Ini bermakna jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat perlu segera dirapatkan tanpa mengira kaum, agama atau tempat.
Sejak akhir-akhir ini, aspek penyampaian perkhidmatan (service delivery) menjadi tumpuan utama dalam perkhidmatan yang melibatkan rakyat, terutamanya. Kita sama maklum, berbagai-bagai strategi sudah dirangka dan dilaksanakan di pelbagai peringkat. Di peringkat PBT misalnya, tindakan segera perlu dilakukan terhadap aduan-aduan yang berkaitan dengan isu-isu asas seperti masalah lampu, longkang kotor dan tersumbat, rumput panjang, jalan berlubang dan sampah yang tidak pungut. Di samping itu, Mesyuarat 'One Stop Centre' (OSC), No Wrong Door Policy', Kaunter Bersepadu dan Hari Mesra Rakyat, merupakan antara beberapa usaha positif yang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi.
Bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, kita semua perlu bersikap "pembersih" pada diri dan persekitaran. Bagi tempat tinggal atau tempat bekerja, kita sepatutnya tidak berada di kawasan dan ruang yang bersampah, semak, kotor, berbau busuk sama ada di rumah, di pejabat, di jalan raya, di dalam kenderaan atau pun di tempat mendirikan solat. Dalam hal ini, sebenarnya jika aspek kebersihan tidak diberi perhatian, ia bukan sahaja boleh merosakkan kualiti hidup kita bahkan membuka ruang bagi berlakunya kegiatan jenayah dan keruntuhan moral yang akhirnya meruntuhkan citra dan jati diri kita sendiri.
Berkenaan dengan aspek keselamatan pula,ciri-ciri bandar selamat boleh dijadikan rujukan dan semua pihak perlu berbincang bersama memikirkan kaedah yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. Perlaksanaan mengawal kawasan tempat tinggal seperti pasukan rukun tetangga, pemasangan kamera litar tertutup, dan meningkatkan semangat kejiranan termasuk bekerjasama dengan agensi keselamatan, merupakan antara inisiatif yang boleh mewujudkan suasana kehidupan aman dan damai.
Untuk akhirnya saya berharap agar masyarakat setempat sedia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan segala perancangan berjaya dilaksanakan dengan sempurna, yang sekali gus meningkatkan integriti dan produktiviti dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada seluruh penduduk dibawah MPP Zon 16, Majlis Daerah Kuala Langat.




Ahli Majlis Daerah Kuala Langat - MPP Zon 16

CATEGORY: | Saturday, January 10, 2009
0
En. Othman Bin Dol

Tel: 019-6633448

Email:

Alamat:
No.43 A, Jalan Kemboja 33,
Off Jalan Sultan Alam Shah,
Selangor Darul Ehsan.
  • Taman Permai
  • Taman Seri Sawah
  • Kampung Sungai Buaya
  • Kampung Sawah
  • Taman Desa Permatang
  • Pekan Chodoi
  • Taman Jugra Jaya
  • Kampung Permatang Pasir
  • Kampung Tanah Raja
  • Kampung Sg. Ingat
  • Pekan Permatang Pasir
Map Kawasan Pentadbiran MPP Zon 16