Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

CATEGORY: | Wednesday, December 22, 2010
0
Naikkan Imbuhan Pendidik Lebih Baik Daripada Terus Bazirkan Wang Rakyat
Ditulis oleh
22/12/2010  


SHAH ALAM 22 DIS : Kenaikan imbuhan pendapatan para guru adalah jauh lebih baik daripada pembaziran berbilion-berbilion kerajaan Umno-Barisan Nasional saban tahun lantaran ketirisan dan perbelanjaan 'bailout' bagi menyelamatkan syarikat kroni mereka.
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyatakan sedemikian bagi membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap rancangan menambah elaun RM 500 kepada para pendidik di Malaysia sebagai tidak praktikal dan merugikan.
Menurut Abdullah Sani lagi, pengorbanan dan nilai guru amat bermakna bagi pembentukan sesebuah negara dan tiada salahnya menghargai profession mulia ini.
"Untuk diberikan kepada guru-guru ini, yang menjana kekuatan pendidikan atau memberi pendidikan dengan cara cukup mencabar kepana anak muda adakah itu satu pembaziran? Kalau dibandingkan dengan 'bail-out' syarikat berbillion-billion seperti LRT, dan Putra contohnya ", tegas Abdullah Sani ketika dihubungi Tv Selangor.
Muhyiddin dalam laporan media hari ini menyelar 'Program 100 Hari' Pakatan Rakyat yang diterbitkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 minggu lalu yang menggariskan perubahan yang bakal dilakukan jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum akan datang dengan menganggap ia tidak teliti dan memberi amaran kepada rakyat agar tidak terpengaruh dengan janji mereka.
Bagaimanapun menurut Abdullah Sani, kegagalan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang mengakibatkan negara kehilangan berbilion-bilion setiap tahun seperti mana yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara setiap tahun.
Malah keadaan bertambah teruk dengan pelbagai cerita yang dikeluarkan seperti pemberian tanah bernilai RM 40 Bilion milik tentera di Sungai Besi kepada kroni dan program 'bailout' syarikat kroni UMNO seperti yang berlaku kepada Bakun dan Sime Darby.
Justeru beliau menganggap kenyataan Muhyiddin sebagai mendedahkan muka sebenar UMNO.
"Ini memberikan gambaran isyarat bahawa UMNO tidak mementingkan rakyat yang banyak. Yang dia penting ialah individu. Dan kesan daripada hasil mahsul ini juga diberi kepada mereka yang tidak sepatutnya diselamatkan dalam bentuk mengambil wang rakyat, memunggah harta rakyat dan memberikan kepada pengkhianat ini yang mementingkan diri sendiri. Ini konsep UMNO yang mereka lakukan sebab dia TPM, dia harus memegang watak dan dasar yang sebenar," katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdullah Sani bersedia untuk terus membawa isu golongan pekerja dengan lebih berkesan jika terpilih menjadi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dalam pemilihan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Beliau bertekad menggunakan jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi terus memperjuangkan isu seperti Tabung Persaraan, Gaji Minima dan pelbagai lagi isu yang membelenggu 11.2 juta pekerja di negara ini.

Beliau disaingi oleh J.Solomon dan Halim Mansor dalam jawatan ini yang dikosongkan oleh penyandang G. Rajasekaran yang tidak akan mempertahankan jawatannya.

"Tanggungjawab dan ruang ini harus diberikan kepada mereka yang terpilih nanti dan saya yakin dengan amanah ini sekiranya saya digalaskan dengan kemenangan ini, saya akan berperanan sepertimana di Parlimen sebelum semua isu yang dibangkitkan sebelum ini sudah diangkat ke Kementerian Sumber Manusia untuk diberi perhatian yang serius," katanya.

Morib Challenge 2010

CATEGORY: , | Wednesday, December 8, 2010
0
Orang ramai adalah dijemput menyertai Morib Challenge 2010 anjuran Majlis Daerah Kuala Langat dan Persatuan Olahraga Amatur Daerah Kuala Langat

Tarikh : 12 Disember 2010 
Waktu : 7.00 pagi 
Lokasi : Pantai Morib.

Antara kategori yang dipertandingkan seperti :
  • Lelaki Veteran 45 tahun ke atas 
  • Wanita Veteran 45 tahun ke atas 
  • Lelaki Senior 18 tahun hingga 44 tahun 
  • Wanita Senior 18 tahun hingga 44 tahun 
  • Lelaki Junior 13 hingga 17 tahun
  • Wanita Junior 13 tahun hingga 17 tahun.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Belia Dan Kemasyarakatan Majlis Daerah Kuala Langat di talian : 03 – 3180 3140

Gelanggang Sepak Takraw kini menjadi tumpuan setelah diubahsuai.

CATEGORY: , , |
0
Dahulunya Gelanggang sepak takraw ini adalah menjadi tempat tumpuan utama bagi remaja2 untuk beriadah diwaktu2 petang. Walaupun sebahagian besarnya mereka2 ini adalah anak2 jati kampung sendiri, tetapi diatas kemahsyuran gelanggang ini, penduduk2 dari luar kampung juga sudi memeriahkan aktiviti beriadah setiap petang.

Gelanggang sepak takraw ini yang terletak di Kampung Bandar, Telah mengalami zaman akibat kealpaan JKKK kampung terdahulu dalam menjaga kemudahan ini. Gagal menyelengarakan kemudahan disini, menyebabkan anak2 muda mula meninggalkan aktiviti disini & akibatnya gelanggang ini terbiar usang. Dikawasan gelanggang ini yang dahulunya adalah padang2 kecil, telah diganti dengan tanaman2 kontan seperti pisang oleh pihak yang hanya mementingkan keuntungan sendiri. Bertahun2 lamanya dibiarkan keadaan ini berterusan & tiada siapa yang mengambil peduli masalah ini.


Pada pertengahan tahun 2010 ini, diatas kesedaran anak muda kampung yang berwawasan, mengadu permasalahan ini kepada JKKK baru yang dilantik semenjak tahun 2008. Dengan rasa tanggungjawab & perihatinnya kepimpinan baru ini, pihak JKKK kampung Bandar yang diketuai Ketua Kampung Tuan Hj. Abd Razak Jaafar, telah mengeluarkan sedikit dana untuk membaik pulih semula gelanggang yang uzur ini. Selain itu, anak2 muda kampung ini juga memohon peruntukan Dari YB Ahli Parlimen Kuala Langat & juga sumber2 dari Kerajaan Negeri Selangor.


Dengan semangat ingin memajukan infrastruktur kampung. beberapa penduduk kampung bergotong royong untuk menaik taraf semula Gelanggang ini. Walaupun ia mengambil masa berbulan2 untuk disiapkan, tetapi segala masalah dapat diatasi & ia telah siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2010. Semenjak ia dibuka semula pada bulan November 2010, hari demi hari anak2 muda kampung mula memenuhi gelanggang ini setiap petang.  Apabila dihari2 cuti pula, semakin ramai yang datang untuk mengembalikan era kegemilangan gelanggang ini.


Semoga dengan baik pulihnya gelanggang ini dapat memberi manfaat kepada ssemua warga kampung Bandar. Jika selama ini anak2 muda banyak membuang masa dengan hanya melepak2 di simpang2 jalan, kini mereka boleh menggunakan gelanggang ini untuk beriadah pada setiap petang.


Terima kasih Kepada JKKK Kampung Bandar, YB Ahli Parlimen Kuala Langat serta Kerajaan Negeri Selangor kerana sudi memberi dana dalam pembinaan semula gelanggang ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat. InsyaAllah ada rezeki kita akan tambahkan lagi kemudahan disekeliling kawasan gelanggang ini untuk manfaat bersama.