Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Posted by Tegarfishing Club on Wednesday, December 22, 2010 in
Naikkan Imbuhan Pendidik Lebih Baik Daripada Terus Bazirkan Wang Rakyat
Ditulis oleh
22/12/2010  


SHAH ALAM 22 DIS : Kenaikan imbuhan pendapatan para guru adalah jauh lebih baik daripada pembaziran berbilion-berbilion kerajaan Umno-Barisan Nasional saban tahun lantaran ketirisan dan perbelanjaan 'bailout' bagi menyelamatkan syarikat kroni mereka.
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyatakan sedemikian bagi membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap rancangan menambah elaun RM 500 kepada para pendidik di Malaysia sebagai tidak praktikal dan merugikan.
Menurut Abdullah Sani lagi, pengorbanan dan nilai guru amat bermakna bagi pembentukan sesebuah negara dan tiada salahnya menghargai profession mulia ini.
"Untuk diberikan kepada guru-guru ini, yang menjana kekuatan pendidikan atau memberi pendidikan dengan cara cukup mencabar kepana anak muda adakah itu satu pembaziran? Kalau dibandingkan dengan 'bail-out' syarikat berbillion-billion seperti LRT, dan Putra contohnya ", tegas Abdullah Sani ketika dihubungi Tv Selangor.
Muhyiddin dalam laporan media hari ini menyelar 'Program 100 Hari' Pakatan Rakyat yang diterbitkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 minggu lalu yang menggariskan perubahan yang bakal dilakukan jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum akan datang dengan menganggap ia tidak teliti dan memberi amaran kepada rakyat agar tidak terpengaruh dengan janji mereka.
Bagaimanapun menurut Abdullah Sani, kegagalan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang mengakibatkan negara kehilangan berbilion-bilion setiap tahun seperti mana yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara setiap tahun.
Malah keadaan bertambah teruk dengan pelbagai cerita yang dikeluarkan seperti pemberian tanah bernilai RM 40 Bilion milik tentera di Sungai Besi kepada kroni dan program 'bailout' syarikat kroni UMNO seperti yang berlaku kepada Bakun dan Sime Darby.
Justeru beliau menganggap kenyataan Muhyiddin sebagai mendedahkan muka sebenar UMNO.
"Ini memberikan gambaran isyarat bahawa UMNO tidak mementingkan rakyat yang banyak. Yang dia penting ialah individu. Dan kesan daripada hasil mahsul ini juga diberi kepada mereka yang tidak sepatutnya diselamatkan dalam bentuk mengambil wang rakyat, memunggah harta rakyat dan memberikan kepada pengkhianat ini yang mementingkan diri sendiri. Ini konsep UMNO yang mereka lakukan sebab dia TPM, dia harus memegang watak dan dasar yang sebenar," katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdullah Sani bersedia untuk terus membawa isu golongan pekerja dengan lebih berkesan jika terpilih menjadi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dalam pemilihan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Beliau bertekad menggunakan jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi terus memperjuangkan isu seperti Tabung Persaraan, Gaji Minima dan pelbagai lagi isu yang membelenggu 11.2 juta pekerja di negara ini.

Beliau disaingi oleh J.Solomon dan Halim Mansor dalam jawatan ini yang dikosongkan oleh penyandang G. Rajasekaran yang tidak akan mempertahankan jawatannya.

"Tanggungjawab dan ruang ini harus diberikan kepada mereka yang terpilih nanti dan saya yakin dengan amanah ini sekiranya saya digalaskan dengan kemenangan ini, saya akan berperanan sepertimana di Parlimen sebelum semua isu yang dibangkitkan sebelum ini sudah diangkat ke Kementerian Sumber Manusia untuk diberi perhatian yang serius," katanya.
0 Responses to “ ”:

Post a Comment