Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Posted by Tegarfishing Club on Saturday, January 7, 2012 in ,
Jambatan Kampung Sawah/Pulau Carey

Menghubungkan :-
- Klang, Sijangkang, Telok Panglima Garang, Pulau Carey
- Kg. Sawah, Kg Sungai Buaya, Kg. Bandar, Permatang Pasir, Bandar Banting Baru, Kg. Kelanang, Jugra.
 
Setelah lebih dari 5 tahun projek ini terbengkalai, akhirnya jambatan yang merentangi sungai Langat ini berjaya juga disiapkan. Jambatan yang menghubungkan antara Segenting di Telok Panglima Garang ke Kampung Sawah di Jugra, kini menjalani kerja2 akhir untuk siap dan dibuka sepenuhnya.

Sewaktu SG membuat tinjauan ke jambatan tersebut pada awal minggu ini, Walaupun ia belum dibuka sepenuhnya, tetapi sudah banyak kenderaan yang melalui jambatan ini. Ini terbukti ketika waktu puncak pergi dan balik kerja, sudah ramai lebih selesa melalui jambatan tersebut. Dianggarkan ketika ini, lebih dari 300 kenderaan melaluinya setiap hari.


Kenapa mereka tidak sabar untuk melalui jambatan ini?. Jawapannya mudah, mereka yang berulang alik bekerja atau urusan lain dari kawasan Jugra menghala ke Klang atau sebaliknya dapat menjimatkan masa yang banyak sekiranya melalui jambatan ini. Dahulu mereka terpaksa melalui pekan Banting yang pada ketikanya diwaktu puncak dan terperangkap didalam kesesakan, akan mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit untuk sampai ke pekan Telok Panglima Garang. Tetapi setelah melalui jalan pintas ini, hanya 10 hingga 15 minit diperlukan untuk sampai ke destinasi sama.

Peta lokasi perjalanan ke Jambatan Kampung Sawah


View Larger Map

Secara geografinya kedudukan Telok Panglima Garang ini hanyalah terletak bersebelahan dengan Kampung Sawah di Jugra dan hanya dipisahkan oleh sungai Langat sahaja. Tetapi dengan tiada jalan alternatif sebelum ini, penduduk disini terpaksa membuat pusingan u-turn yang jauh dimana terpaksa melalui pekan Banting, Sungai Manggis dan Jenjarom sebelum sampai ke Telok Panglima Garang. Oleh itu siapnya Jambatan ini sememangnya dialukan2 oleh penduduk setempat untuk lebih memudahkan perjalanan disamping mengurangkan kesesakan jalanraya yang berlaku di pekan Banting.

Selepas ini, penduduk setempat tidak susah lagi untuk keluar kemana2 destinasi ke luar daerah. Sesudah siapnya projek lebuhraya SKVE yang sedang rancak dalam pembinaan nanti, mereka tidak lagi perlu melalui Klang dan Banting. Ini kerana persimpangan susur keluar lebuhraya SKVE ini berada disekitar Telok Panglima Garang. Dipendekkan cerita tidak jauh dari jambatan Kampung Sawah ini, mereka dapat terus memasuki susur keluar SKVE yang terletak di jalan utama Klang Banting. Mudah, pantas dan hanya sediakan duit tol sahaja.. Jadi apa tunggu lagi, jom cuba penjimatan masa melalui jambatan Kampung Sawah ini.

Pemandangan Bukit Jugra sewaktu petang dari asas jambatan
Antara Jetty memunggah barang dikiri & kanan Jambatan
Boleh dilalui. Walaupun hanya sebelah jalan sahaja dibuka

p/s: Benggang juga bila tengok pemandu2 ni ada yang membawa kenderaan mereka dengan laju dikawasan kampung dan perumahan. Apalagi yang mereka  nak kejar? Tak cukupkah penjimatan masa yang telah diberikan. Malang tak berbau dan beringat sebelum kena. (lagi2 kalau cermin kereta nanti kena baling). sendiri mau ingat yer.


Sumber cetakkan : Jalan alternatif dari Klang ke Jugra
0 Responses to “Jambatan Kampung Sawah bersedia untuk beroperasi”:

Post a Comment