Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Akademi Latihan Inovasi dan Motivasi (ALIM)

CATEGORY: | Sunday, June 6, 2010
0
Penginapan:

* Nama: Asrama Lelaki
Muatan: 60 orang

* Nama: Asrama Perempuan
Muatan: 60 orang

* Nama: Rumah Urusetia
Unit: 2 buah

* Nama: Bilik Urusetia
Muatan: 8 orang


KEMUDAHAN

* Menawarkan aktiviti-aktiviti lasak (outdoor activities)


Untuk Maklumat Lanjut :

Akademi Latihan Inovasi dan Motivasi (ALIM)
Jugra, 42700 Banting Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan

Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES)

CATEGORY: |
0
Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor ditubuhkan pada Jun 2003 hasil cetusan idea oleh Yang Amat berhormat Dato' Seri Dr Mohamad Khir Bin Toyo Menteri Besar Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan PULAPES dan mewajibkan semua anggota penguatkuasa bertaraf kontrak dan tetap menghadiri kursus. PULAPES merupakan salah satu Wawasan Maju Selangor 2005.



KEMUDAHAN

* Dewan Besar (Memuatkan 600 orang)
* Chalet (Memuatkan 216 orang)
* Chalet Berhawa Dingin (12 Orang)
* Bilik Seminar 2 buah berhawa dingin (80 orang)
* Kafetaria (300 orang)
* Surau (300 orang)


Untuk Maklumat Lanjut :

Kg Permatang Pasir ,Jugra
42700 Banting Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03-3181 2360 ATAU
TUNTAS CONSULTANT
03-3120 3937

Kolej Matrikulasi Selangor (SeMaC)

CATEGORY: |
0

Setelah lama pembangunannya terbengkalai, kini Kolej Matrikulasi Selangor telah siap sepenuhnya dan mula menerima pelajar baru bagi sesi 2010/2011 pada 10 Mei 2010 yang lalu.


Untuk maklumat lanjut :

Kementerian Pelajaran Malaysia
Kolej Matrikulasi Selangor
Kathong, Mukim Jugra
42700 Banting
Selangor
No. Telefon : 03 – 31201375
No Faks : 03 – 31201372
Laman Web: www.moe.gov.my/kms/

Kolej Komuniti Kuala Langat

CATEGORY: |
0

Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia merupaka institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta kursus jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat.


Kolej Komuniti KPM menawarkan kursus berbentuk formal dan tidak formal yang menitikberatkan kemahiran.Kursus berasas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mengandungi K-content adalah diutamakan.Mula beroperasi dengan sepuluh buah kolej perintis pada sesi jun 2001 dan kini bilangannya telah meningkat kepada 34 buah diseluruh negara termasuk di Daerah Kuala Langat.

Untuk maklumat lanjut :

Kolej Komuniti Kuala Langat
Jalan Ubi, Jugra,
42700 Banting Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-3120 2030

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat

CATEGORY: |
0

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat ini di bina oleh Jabatan Tenaga Manusia ,Kementerian Sumber Manusia untuk melahirkan golongan yang berkemahiran dalam bidang perindustrian terutamanya dalam bidang teknologi maklumat.Sasaran golongan utama adalah dari lepasan SPM yang mendapat gred sederhana.Kemudahan yang disediakan seperti pusat sumber,auditorium,bangunan bengkel,asrama lelaki dan perempuan,rumah kakitangan,surau,kafetaria,kompleks sukan dan lain-lain lagi.


Untuk maklumat lanjut :

Jabatan Tenaga Manusia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6,Blok D4,Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
Tel : 03-8886 5000
Fax : 03-8888 9241


Paragliding/Paramotor

CATEGORY: , , |
0

Paragliding adalah antara sukan udara yang popular di seluruh dunia.Ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa angin dan apungan udara panas.Aktiviti meluncur ini memerlukan kawasan tanah tinggi bagi memudahkan melancarkan penerbangan.Paraglider merupakan sejenis nylon lembut yang mana apabila dikembangkan dengan angin ia mampu membawa seseorang itu melayang di udara seperti seekor burung.Paragliding telah terbukti dapat memenuhi impian anda.Ia adalah sukan udara untuk tujuan rekreasi yang murah dan mudah.



Jika anda seorang yang gemarkan cabaran,maka paragliding adalah gelanggang untuk menguji kemampuan mental dan kebijaksanaan anda berada di angkasa.Antara program yang ditawarkan adalah :

1) Bengkel Sehari Pengenalan Paragliding
2) Kem Aero
3) Kelas Teori dan Praktikal
4) Asas Jurulatih dan lain-lain

Untuk keterangan lanjut :

Let. Kol. (B) Basir B. Ab. Rahman
Tel : 0192167526
Email : msiappg@streamyx.com , tegarfishing@gmail.com