Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Sekapur Sireh

CATEGORY: | Sunday, January 11, 2009
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Golombang 8 March 2008 ,telah merubah lanskap politik negeri Selangor kepada satu era kepimpinan yang baru, tidak ketinggalan juga lanskap itu turut merubah kepimpinan peringkat kerajaan tempatan khususnya Ahi-ahli majlis.Dalam suasana yang serba baru dan masih dalam kejutan, sudah tentu turut memberi impak kepada suasana dan stuktur organisasi.Meminjam dari kata-kata Y.A.B Tan Sri Dato Menteri Besar "untuk merubah sesuatu perkara yang telah berlaku 50 tahun yang lalu tidak semudah dengan setahun atau dua tahun ia perlu mengambil masa yang panjang juga"Dengan berbekalkan kata-kata tersebut telah memberi semangat kepada ahli-ahli majlis yang baru dilantik untuk terus berkhidmat bagi membantu rakyat di bawah payung Kerajaan Pakatan Rakyat.Kita menyedari harapan rakyat supaya ada perubahan berlaku dalam era ini dan kita berkeyakinan perubahan itu sedang berlaku.Tidak adil sekiranya perbandingan itu dilakukan dengan kerajaan yang telah memerintah selama lebih 50 tahun.
 Kita wajar bersyukur kerana kita berada dalam sebuah negeri termaju dan lengkap dengan segala kemudahan asas dan prasarana. Kita juga maklum, terdapat sebahagian anggota masyarakat yang hidup mewah, manakala sebahagian lagi anggota masyarakat yang hidup miskin, ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".Dalam perkara seperti ini, kerajaan sekarang berpendapat kemajuan yang dicapai di negeri ini sewajarnya dinikmati bersama. Ini bermakna jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat perlu segera dirapatkan tanpa mengira kaum, agama atau tempat.
Sejak akhir-akhir ini, aspek penyampaian perkhidmatan (service delivery) menjadi tumpuan utama dalam perkhidmatan yang melibatkan rakyat, terutamanya. Kita sama maklum, berbagai-bagai strategi sudah dirangka dan dilaksanakan di pelbagai peringkat. Di peringkat PBT misalnya, tindakan segera perlu dilakukan terhadap aduan-aduan yang berkaitan dengan isu-isu asas seperti masalah lampu, longkang kotor dan tersumbat, rumput panjang, jalan berlubang dan sampah yang tidak pungut. Di samping itu, Mesyuarat 'One Stop Centre' (OSC), No Wrong Door Policy', Kaunter Bersepadu dan Hari Mesra Rakyat, merupakan antara beberapa usaha positif yang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi.
Bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, kita semua perlu bersikap "pembersih" pada diri dan persekitaran. Bagi tempat tinggal atau tempat bekerja, kita sepatutnya tidak berada di kawasan dan ruang yang bersampah, semak, kotor, berbau busuk sama ada di rumah, di pejabat, di jalan raya, di dalam kenderaan atau pun di tempat mendirikan solat. Dalam hal ini, sebenarnya jika aspek kebersihan tidak diberi perhatian, ia bukan sahaja boleh merosakkan kualiti hidup kita bahkan membuka ruang bagi berlakunya kegiatan jenayah dan keruntuhan moral yang akhirnya meruntuhkan citra dan jati diri kita sendiri.
Berkenaan dengan aspek keselamatan pula,ciri-ciri bandar selamat boleh dijadikan rujukan dan semua pihak perlu berbincang bersama memikirkan kaedah yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. Perlaksanaan mengawal kawasan tempat tinggal seperti pasukan rukun tetangga, pemasangan kamera litar tertutup, dan meningkatkan semangat kejiranan termasuk bekerjasama dengan agensi keselamatan, merupakan antara inisiatif yang boleh mewujudkan suasana kehidupan aman dan damai.
Untuk akhirnya saya berharap agar masyarakat setempat sedia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan segala perancangan berjaya dilaksanakan dengan sempurna, yang sekali gus meningkatkan integriti dan produktiviti dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada seluruh penduduk dibawah MPP Zon 16, Majlis Daerah Kuala Langat.




Ahli Majlis Daerah Kuala Langat - MPP Zon 16

CATEGORY: | Saturday, January 10, 2009
0
En. Othman Bin Dol

Tel: 019-6633448

Email:

Alamat:
No.43 A, Jalan Kemboja 33,
Off Jalan Sultan Alam Shah,
Selangor Darul Ehsan.
  • Taman Permai
  • Taman Seri Sawah
  • Kampung Sungai Buaya
  • Kampung Sawah
  • Taman Desa Permatang
  • Pekan Chodoi
  • Taman Jugra Jaya
  • Kampung Permatang Pasir
  • Kampung Tanah Raja
  • Kampung Sg. Ingat
  • Pekan Permatang Pasir
Map Kawasan Pentadbiran MPP Zon 16