Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Pemilihan PKR 2010 kuala Langat batal

CATEGORY: | Tuesday, September 28, 2010
0
Gaduh, proses pemilihan batal

TELOK PANGLIMA GARANG – Beberapa pengundi meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem membuang undi bagi pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Langat, yang diadakan di Dewan Wawasan, Kampung Medan, Telok Panglima Garang, semalam apabila terdapat orang awam yang bertindak agresif mengganggu proses berkenaan.

Selain itu, suasana menjadi tegang apabila pihak pengawasan peti undi berkenaan dikatakan bertindak pilih kasih dengan mengarahkan pengundi untuk memangkah calon yang dipilih.

Bagaimanapun, atas ketidakpuasan sesetengah pihak mereka cuba membuat kecoh sehingga menyebabkan pergaduhan dalam kalangan wakil calon, pengundi dan beberapa pihak pengawas pemilihan berkenaan selain bertindak membuang peti undi dengan menyelerakkan kertas undi dan merosakkan kemudahan dalam dewan berkenaan.

Ketua Pengawas Pemilihan PKR untuk Cabang Kuala Langat, Dr Yahaya Abdul Rahman berkata, kekecohan berlaku lebih kurang jam 12 tengah hari apabila pengundi bertindak agresif dengan melontarkan perkataan kesat kepada pihak pengawasan bertugas.

Menurutnya, keadaan itu dapat dikawal dengan adanya bantuan daripada wakil calon dan mereka mengarahkan pengundi supaya bersabar kerana kakitangan untuk pemilihan mengundi tersebut hanya disertai 10 orang dengan anggaran jumlah pengundi mencecah 5,884 pengundi.

“20 peratus pengundi keluar mengundi lebih kurang jam 12.20 tengah hari dan sepatutnya proses membuang undi akan ditutup selewat–lewatnya jam 4.50 petang.

“Bagaimanapun, keadaan tegang apabila sekali lagi terdapat pihak membuat kecoh di dalam dewan iaitu lokasi tempat pembuangan undi dan menimbulkan pergaduhan antara mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Dr Yahaya berkata, pemilihan dibatalkan serta merta dengan menunggu arahan daripada pihak atasan untuk keputusan selanjutnya.

Menurutnya, beliau kesal dengan tindakan yang berlaku dan berusaha mengawal keadaan tetapi mereka bertindak luar jangkaan.

Sumber :  Sinar Harian 27 Sep 2010 


Pemilihan cabang: Ahad penuh kecoh, malukan buat PKR

 

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan pemilihan menggunakan sistem secara langsung, menyaksikan situasi paling buruk hari ini — kali pertama sejak bermulanya mesyuarat agung tahunan cabang minggu lalu dengan pemilihan enam bahagian digantung dan dipertikaikan. Lima daripada bahagian itu melibatkan negeri Selangor iaitu Klang, Kapar, Kuala Langat, Subang dan Kota Raja.
Satu lagi cabang melibatkan Parit Sulong di Johor.
Di Petaling Jaya Utara, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong kalah dan mendakwa pesaingnya tidak layak bertanding tetapi namanya dibenarkan.
Seorang pemimpin yang terlibat dalam pengurusan  pilihan raya menyifatkan perjalanan pemilihan hari ini khususnya di cabang-cabang di Selangor itu sebagai “sangat teruk” dan di luar jangkaan mereka.
“Ini kali pertama kami mengadakan pemilihan langsung, yang sepatutnya ahli-ahli menunjukkan contoh kepada negara bahawa PKR mampu mengadakan pemilihan dengan tenang dan bersopan, tetapi sebaliknya berlaku,” kata pemimpin dengan namanya tidak mahu didedahkan.
Beliau menggambarkan bahawa pegawai-pegawai diugut dan diancam agar meneruskan pemilihan.
Ia jelas merujuk kepada keadaan di cabang Subang yang pemilihannya ditangguhkan ke hari lain tetapi pegawai pengawas terpaksa mengadakan pemilihan ekoran ugutan sekumpulan ahli.
Mesyuarat agung tahunan cabang itu memutuskan untuk menangguhkan pemilihan kira-kira tengah hari apabila sebahagian ahli meninggalkan pusat pemilihan ekoran kelewatan mengeluarkan kertas undi baru.
Kertas undi baru terpaksa dikeluarkan selepas beberapa nama calon tercicir dan dikeluarkan.
Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan pemilihan Subang diteruskan selepas pegawai pengawas diugut agar meneruskan pemilihan.
Pengundian diteruskan tanpa kehadiran ahli-ahli yang menyokong Naib Presiden R. Sivarasa.
“Kami terpaksa adakan pemilihan di sebalik tekanan dan tegangan. Keputusan pemilihan kami serahkan kepada parti untuk putuskan kesahihan sama ada boleh diterima ataupun tidak,” kata pegawai berkenaan.
Sivarasa yang dihubungi berkata, “pada pandangan saya ia tidak sah kerana pegawai pengawas sudah pun memutuskan pemilihan telah ditangguhkan.”
“Saya tidak boleh komen sebab saya seorang calon,” kata beliau ketika dihubungi sekitar 6 petang tadi.
Jawatankuasa pemilihan difahamkan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi memutuskan beberapa insiden yang berlaku hari ini.
Mesyuarat berlangsung sekitar 10.30 malam ini.
Mesyuarat tergempar itu dipanggil juga ekoran insiden di cabang Kota Raja di mana peti-peti undi dirampas dan “dilarikan” sehingga menyebabkan anggota polis dipanggil.
“Peti-peti undi dibawa ke ibu pejabat untuk tindakan lanjut.
“Saya tidak pasti sama ada undi akan dikira di ibu pejabat hari ini ataupun esok, kemudian hari,” kata pegawai itu lagi.
Hari ini, sebanyak 34 cabang dijadual untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini.
Di Selangor, lapan cabang mengadakan mesyuarat hari ini iaitu Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Langat, Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara, Subang dan Shah Alam.
Di Subang, Sivarasa berhadapan dengan persaingan lima penjuru iaitu Datuk Shawal Salim, Muhammad Najmi Samsudin, Shahrum Kazindin dan P Voolaganathan.
Sivarasa juga Ahli Parlimen Subang.
Satu lagi cabang yang dilihat untuk diperhatikan ialah Kota Raja di mana Ketuanya Dr A. Xavier Jayakumar berhadapan dengan S. Kottappan dan M. Telaiamblam.
Dr Xavier adalah Adun dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Di Kapar, jawatan ketua cabang ditandingi oleh Mohd Bakir Abd Wahab, Abdul Rahman Ibrahim, Azizi Ayob, Mohd Miftahhudin Abdullah, Mohd Ruzaini Mohd Sani dan Khiaarul Anuar Othman.
Mesyuarat itu ditangguhkan ekoran kekecohan disebabkan oleh kehadiran ahli yang terlalu ramai berbanding lokasi pemilihan yang sempit di dewan serba guna Meru dan kehilangan nama calon jawatan sayap AMK dan Wanita.
“Pegawai pengawas tidak dapat mengawal keadaan apabila perwakilan yang hadir mencetuskan kekecohan, tetapi tiada insiden kerusi terbang di cabang Kapar,” kata Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam kepada The Malaysian Insider.
Mesyuarat cabang Klang pula ditangguhkan ekoran kekecohan yang tercetus disebabkan rasa tidak puas hati dengan proses pengundian.
“Tiga calon ketua cabang mengusulkan agar pemilihan ditangguhkan, dan kemudian apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pengawas, maka ada yang rampas peti undi dan pecah pintu,” kata ketua cabangnya Suhaimi Mohd Nor.
Kata beliau, kekecohan timbul kira-kira pukul 3 petang, dua jam sebelum proses pengundian dijadual untuk berakhir.
“Kehadiran ahli adalah di luar jangkaan. Jawatankuasa pemilihan menyediakan sebanyak 2,000 kertas undi iaitu sekitar 30 peratus daripada jumlah ahli.
“Tetapi yang hadir 50 peratus dan jawatankuasa pemilihan menyediakan kertas undi yang dibuat salinan foto.
“Ia sepatutnya boleh diterima, tetapi malangnya ada calon yang menolak dan membantah penggunaan kertas salinan foto ini ketika pengundian sedang berlangsung,” kata beliau lagi.
Jawatan ketua cabang itu ditandingi oleh Suhaimi, P. Krishnasamy, Mohd Fuzi Abd Ranee, Sheikh Ahmad Sheikh Sadarudin dan Yew Boon Lye.
Mesyuarat dan pemilihan cabang Kuala Langat juga ditangguhkan atas masalah yang sama.
Ketua cabangnya, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata sekumpulan pihak, dipercayai calon yang merasakan akan kalah mencetuskan kekecohan sehingga cuba merampas kertas-kertas undi dan peti undi.
“Ini dilakukan oleh mereka yang merasakan sudah rasakan kekalahan,” kata beliau yang mendakwa cabangnya mempunyai 8,000 ahli.
“Apabila wujud kekecohan sampai peti undi hendak dipecahkan, kami tiada pilihan terpaksa menangguhkan mesyuarat dan pemilihan,” kata beliau ketika dihubungi malam ini.
Abdullah Sani berkata, ada pihak yang cuba menyerang pegawai pengawas yang mengendalikan pemilihan di cabang itu.
Beliau dicabar oleh Bastani Dahlan, David Cheong Kian Young, Mohd Shukor Haris dan Norazmi Mohamed Tahir.
Dalam pada itu, Xavier ketika dihubungi lewat malam ini berkata, kesemua 18 peti undi telah dibawa ke ibu pejabat PKR dan sedang dikira.
“Proses pengiraan dijangka habis pagi nanti,” kata beliau sambil menambah. penyokong-penyokongnya terpaksa melindungi peti undi daripada dirosakkan dan kertas undi dikoyakkan oleh seorang calon yang menentangnya.
“Saya tidak melihat apa-apa kesalahan di pihak penyokong saya dalam melindungi peti undi dan kertas daripada dirosakkan,” kata Exco Kerajaan Negeri ini sekitar 11.30 malam tadi.
Undi mula dikira di Dewan MPSA Bukit Naga bermula pukul 7.20 petang tadi selepas proses pengundian dijalankan dengan baik pada pukul 5.40 petang.
Wakil rakyat itu menambah  beliau menjangkakan pemilihan dapat dijalankan dengan baik dan tenang manakala semua yang bertanding akan kembali bersatu selepas pemilihan untuk menghadapi pilihan raya umum.
“Tetapi yang ini berlaku sebaliknya, dan saya sungguh kecewa dengan apa yang disaksikan hari ini,” kata beliau yang berada di ibu pejabat parti di Petaling Jaya semasa dihubungi.
Polis dan anggota Rela digunakan untuk meredakan suasana di Kota Raja.

Sumber :  Themalaysianinsider 27 Sep 2010




Jemputan Rumah Terbuka -Aidilfitri 2010

CATEGORY: | Monday, September 20, 2010
0

Assalamualaikum Teman-Teman,

Dengan rendah diri saya dan keluarga menjemput teman-teman semua untuk hadir ke majlis rumah terbuka pada tarikh dan waktu seperti berikut :- 

Tarikh : 02 Oktober 2010
Hari     : Sabtu
Masa   : 5.30 petang ~ 10.00 malam
Lokasi : Rumah Kediaman
Alamat : Jalan Kurau, Kampung Bandar,
               42700 Banting, Kuala Langat.
               (Bersebelahan Pusat kesihatan Kecil Kampung Bandar)
Tel       : 019-6633448


Semoga kehadiran teman-teman semua dapat memeriahkan lagi majlis ini.. InsyaAllah.