Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Hebahan Iklan Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Pertama Tahun 2011

CATEGORY: | Monday, January 31, 2011
0
Melalui surat hebahan dengan rujukan:IPK.SEL.40013/1 Jld.48(6) bertarikh 19 Januari 2011 bersama lampiranya dengan ini mempelawa pelajar-pelajar yang berminat untuk memohon.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

1-Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

( i )     Pemohon lahir di negeri Selangor atau
( ii )    Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau
( iii )   Pemohon Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;atau
( iv)    Pemohon telah bermastautin lebih dari 5 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

2-Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

( i ) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta Peringkat Sijil di Politeknik/Kolej Komuniti(tidak termasuk Matrikulasi/Kursus Persediaan/Tahun Asas/A-Level/ACCA/Ijazah Lanjutan)

( ii ) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor.

Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari (1) tahun sahaja.

3-Pemohon juga mesti memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

Peringkat Pengajian
Ijazah Pertama          

Kelayakan Akademik
*Memperolehi kelayakan Sijil Tahunan Asas/Pra-Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas;atau

*Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM atau

*Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di pringkat STAM

Peringkat Pengajian
Diploma

Kelayakan Akademik
* Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM atau;

*Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 keatas

Peringkat Pengajian
Sijil (IPTA)

Kelayakan Akademik
*Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran diperingkat SPM

Peringkat Pengajian
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)

Kelayakan Akademik
*Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelaaran di peringlat SPM

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

Sila Hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor .

Ditalian:03-55447480/55212275

Interlok Kerajaan Umno-BN Masih Terkial-kial 20/01/2011 Share

CATEGORY: | Friday, January 21, 2011
0


SHAH ALAM 20 JAN : Ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan Umno-Barisan Nasional sebagai terkial-kial dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan sensitiviti kaum di negara ini.
Ujarnya, kerajaan selaku pentadbir harus segera mencari jalan penyelesaian mahupun jalan damai berhubung isu novel Interlok daripada membiarkannya berlarutansehingga mencetuskan pelbagai insiden yang tidak diingini.
"Mereka beri ruang seluas-luasnya kepada kekontangan idea ini untuk mencetus ketidakpuasan kaum itu sendiri," kata Abdullah.
Menurut Abdullah, lebih malang apabila setiap cadangan yang Pakatan Rakyat dianggap sebagai pihak yang sengaja mencetuskan huru-hara.
Semalam Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan badan-badan bukan kerajaan yang terdiri daripada pihak persatuan penulis, budayawan dan NGO India,   yang berjaya mencari jalan penyelesaian berkenaan Interlok dengan mencadangkan tiga garis panduan kepada kerajaan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Tiga cadangan itu hasil daripada dialog yang dikenali sebagai "pertemuan muhibbah" yang dianjurkan oleh sayap PAS itu.
"Namun yang jelas ialah bila mana Umno dan Barisan Nasional ini dan Kementerian Pelajaran tidak memandang semua ini sebagai jalan penyelesaian. Mungkin kerana maruah mereka atau kerana mereka malu kerana terlalu gelojoh memberikan lontaran pandangan tanpa melihat kepada pandangan-pandangan bawahan.
"Sebab itu saya tidak terperanjat cadangan baik macam mana pun mereka tidak pernah memandang kita sebagai pelunas permasalahan tetapi mereka lebih gemar memandang kita berperanan dalam memecah belahkan," tambah Abdullah Sani lagi.  
Menurut Abdullah, begitu lah corak pentadbiran Umno-Barisan Nasional sejak dahulu lagi dan kontroversi melibatkan isu perkauman seolah-olah dijadikan modal politik mereka.
"Mereka lebih suka mencari jalan pintas atau mengambil sikap tutup pintu daripada memberikan ruang orang lain mencari jalan penyelesaian yang baik dan watak-watak ini yang akan menghancurkan perpaduan di dalam negara kita ini.

JADUAL YB TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID

CATEGORY: | Monday, January 10, 2011
0
Program        :Jemputan makan malam bersama malam tautan kasih bersama anak yatim dan forum
Anjuran         :Persatuan Mahasiwa/I Fakulti Perubatan Universiti kebangsaan Malaysia
Tarikh           :1 hb Jan 2011
Masa             :8.00mlm
Tempat         :Dewan Seminar Ken El-Azzhar Morib

Program        :Majlis Penutup Sambutan Jubli Intan Kampung Sg.Lang Tengah
Anjuran        :JKKK Kampung Sungai Lang Tengah
Tarikh          :9 hb Jan 2011
Masa            :9.00mlm
Tempat       :Dewan Harmoni Kg.Sungai Lang Tengah.

Program        :Pelancaran Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor
Anjuran        :Pejabat YB Puan Hjh Rodziah Bt Ismail
                   Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.
Tarikh          :10 hb Jan 2011
Masa            :9.00pagi-12.00 tengahhari
Tempat        :Auditorium Dewan Jubli Perak,SSAAS Shah Alam


Program        :Ceramah Umum
Anjuran        :PAS Kawasan Kuala Langat
Tarikh          :12 hb Jan 2011
Masa            :9.00mlm
Tempat       :Sijangkang


Program        :Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan 
Anjuran        :Majlis Daerah Kuala Langat                 
Tarikh          :13 hb Jan 2011
Masa            :9.00pagi
Tempat       :Bilik Mesyuarat Cempaka Kuning MDKL


Program        :Mesyuarat Jawatankuasa Belia & Kemasyarakatan
Anjuran        :Majlis Daerah Kuala Langat                 
Tarikh          :13 hb Jan 2011
Masa            :9.00pagi
Tempat       :Bilik Mesyuarat Cempaka Kuning MDKL


Program        :Kunjung Mesra Bersama Peniaga Pasar Pagi(Pemberian Buah Limau Sempena Tahun Baru Cina)
Anjuran        :Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Langat                 
Tarikh          :15 hb Jan 2011
Masa            :8.00pagi
Tempat        :Pasar Pagi Telok Bunut Banting.


Program        :Majlis Makan Malam Bersama DAP Tg.Sepat
Anjuran        :DAP Caw.Tg Sepat                   
Tarikh          :15 hb Jan 2011
Masa            :7.00mlm
Tempat       :Dewan Komplek Muhibbah Tg.Sepat.


Program        :Kunjung Mesra Bersama Peniga Pasar Pag (Pemberian Buah Limau Sempena Sambutan Tahun Baru Cina)
Anjuran        :Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Langat                 
Tarikh          :16 hb Jan 2011
Masa            :10.00pagi-1.00ptg
Tempat       :Pasar Besar Jenjarom


Program        :Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
Anjuran        :Majlsi Perwakilan Penduduk Zon 8 & 9MDKL                 
Tarikh          :16 hb Jan 2011
Masa            :8.00pagi-1.00ptg
Tempat       :Dewan Orang Ramai Taman Sri Jarom Kg.Baru Sg Jarom


Program        :Mesyuarat JK Pengindahan Bandar
Anjuran        :Majlis Daerah Kuala Langat                 
Tarikh          :17 hb Jan 2011
Masa            :2.30ptg
Tempat       :Bilik Cempaka Kuning MDKL


Program        :Mesyuarat JK Penyelaras Forum Perdana & Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Kuala Langat
Anjuran        :Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Lagat.                 
Tarikh          :19 hb Jan 2011
Masa            :9.00pagi
Tempat       :Aras 3 Bilik Mesyuarat Sri Morib Pejabat Daerah Kuala Langat.


Program        :Jemputan Keperayaan Hari Thaipusam
Anjuran        :Kuil Sri Subramaniar Telok Datuk Banting                
Tarikh          :20. hb Jan 2011
Masa            :1145 pagi
Tempat       :Kuil Sri Subramaniar Teluk Datuk Banting.


Program      :Sambutan Tahun Baru China 2011
Anjuran       : Tokong Hock Kock Tong Kuala Langat                   
Tarikh         :22 hb Jan 2011
Masa           :7.00mlm 
Tempat      :Dewan Tokong Hock Kock Tong

Program        :Masyuarat Penuh MDKL bil 1/2011
Anjuran         :Majlis Daerah Kuala Langat                
Tarikh          :25 hb Jan 2011
Masa            :9.00mlm
Tempat       :Bilik Mesyuarat Cempaka Kuning MDKL

Program        :Ceramah Umum
Anjuran        :                    
Tarikh          :25 hb Jan 2011
Masa            :7.00mlm
Tempat       :


Program       :Perayaan Selangor Makkal Ponggal 2011
Anjuran        :Kerajaan Negeri Selangor,MPK & NGO                  
Tarikh          :30 hb Jan 2011
Masa            :8.00pagi-1200tengahari
Tempat       :Jalan Tengku Kelana Klang
 
Program        :Pesta Tahun Baru Arnab 2011
Anjuran         :Pusat Khidmat Masyaakat ADUN Pendamaran            
                     YB.Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
 Tarikh          :09 hb Fab 2011
Masa            :7.00mlm-11.00mlm
Tempat        :Jln Besar Pendamaran(Bersebelahan Pusat Khidmat Adun

Program        :Makmal Gaji Minimum
Anjuran         :Kementerian Sumber Manusia         
Tarikh          :10 hb Fab 2011
Masa            :9.00pagi-12.30 tengahari
Tempat        :PICC Putrajaya.

Program        :Chinese New Year Celebration
Anjuran         :Petaling Jaya Selatan       
Tarikh          :12 hb Fab 2011
Masa            :11.00pagi-12.00 pm
Tempat        :Tapak Letak Kereta Jln 17/9,Sek 17 Petaling Jaya.


Program        :Program Gotong Royong Dan Kesihatan Kg.Sri Jugra
Anjuran         :JKKK Kg.Sri Jugra    
Tarikh          :12 hb Fab 2011
Masa            :08pagi-1.00ptg
Tempat        :Balai Raya Kg Sri Jugra.

Program        :Operasi Dan Kempen Anti Zina Siri 3,"Saint Valentine"
Anjuran         :Pejabat Daerah Kuala Langat Dengan Kerjasama Jabatan-Jabatan Kerajaan   Daerah Kuala Langat   
 Tarikh          :13-14 hb Fab 2011
Masa            :6.00ptg
Tempat        :Pantai Morib,Pantai Kelanang,Kawasan Tesco,Kawasan Taman-Taman Awam,Kawasan Jugra,Hotel-Hotel Murah Dikawasan Banting,Taman-Taman Perumahan,Komplek-Komplek Muhibah Tanjung Sepat,Kawasan Parking Pertingkat The Store Banting Dan Kampung-Kampung Yang Terlibat.

Program        :Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Selangor
Anjuran         :Kerajaan Negeri Selangor      
Tarikh          :15 hb Fab 2011
Masa            :7.00 Pagi
Tempat        :Stadium Malawati Sek 13.Shah Alam



Program        :Kuliah Bulanan
Anjuran         :Dato Menteri Besar Selangor         
Tarikh          :17 hb Fab 2011
Masa            :7.00mlm
Tempat        :Kediaman Rasmi Y.A.B Dato Besar Selangor,Bukit Megawati Sek.7 Shah Alam


Program        :Penyampaian Skim Mesra Usia Emas 2
Anjuran         :SMUE2-Daerah Kuala Langat        
Tarikh          :17 hb Fab 2011
Masa            :2.30ptg
Tempat        :Tempat Dewan Orang Ramai Kanchong Darat.

Program        :Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Langat 2011
Anjuran         :Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat   
Tarikh          :18 hb Fab 2011
Masa            :7.00ptg-11.00 malam
Tempat        :Masjid Ar-Rahman Kampung Rancangan Tanah Belia,Bukit Changgang.

Program        :Majlis Sambutan Maulidur Rasul 
Anjuran         :PERKIM Caw.Banting  
Tarikh          :19 hb Fab 2011
Masa            :7.00ptg
Tempat        :Surau An-Nur Kg.Tongkah


Program        :Mesra Rakyat Bersama Anak Yatim
Anjuran         :Ahli-Ahli Majlis MPP Zon 10 & 11 MDKL        
Tarikh          :19 hb Fab 2011
Masa            :8.00mlm-10mlm
Tempat        :Happy Fanfair,Pekan Banting

Program        :Majlis Penutup Ujian Tilawah Menghafaz Al'Quran Peringkat Daerah Kuala  Langat 1432H/2011M
Anjuran         :Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat       
Tarikh          :22 hb Fab 2011
Masa            :3.00ptg
Tempat        :Masjid Ar-Rohmaniah,Kg Sungai Lang Baru

Program        :Perasmian Larian Perpaduan Bukit Jugra
Anjuran         :Ahli-Ahli Majlis MPP Zon 8 & MPP Zon 21 MDKL        
Tarikh          :27 hb Fab 2011
Masa            :3.00ptg-6.00ptg
Tempat        :Tempat Parking Kaki Bukit Jugra

Program        :Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Liga Super Kuala Langat.
Anjuran         :Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Langat 
Tarikh          :26 hb Fab 2011
Masa            :08.00mlm
Tempat        :Stadium Jugra Telok Datok Banting.

Program        :Pesta Ponggal
Anjuran         :STANDCO Pekerja Ladang Negeri Selangor
Tarikh          :26 hb Fab 2011
Masa            :07.00mlm
Tempat        :Padang Awam Fasa 2,Bandar Utama Batang Kali (LIgamas).





CATEGORY: | Wednesday, December 22, 2010
0
Naikkan Imbuhan Pendidik Lebih Baik Daripada Terus Bazirkan Wang Rakyat
Ditulis oleh
22/12/2010  


SHAH ALAM 22 DIS : Kenaikan imbuhan pendapatan para guru adalah jauh lebih baik daripada pembaziran berbilion-berbilion kerajaan Umno-Barisan Nasional saban tahun lantaran ketirisan dan perbelanjaan 'bailout' bagi menyelamatkan syarikat kroni mereka.
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyatakan sedemikian bagi membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap rancangan menambah elaun RM 500 kepada para pendidik di Malaysia sebagai tidak praktikal dan merugikan.
Menurut Abdullah Sani lagi, pengorbanan dan nilai guru amat bermakna bagi pembentukan sesebuah negara dan tiada salahnya menghargai profession mulia ini.
"Untuk diberikan kepada guru-guru ini, yang menjana kekuatan pendidikan atau memberi pendidikan dengan cara cukup mencabar kepana anak muda adakah itu satu pembaziran? Kalau dibandingkan dengan 'bail-out' syarikat berbillion-billion seperti LRT, dan Putra contohnya ", tegas Abdullah Sani ketika dihubungi Tv Selangor.
Muhyiddin dalam laporan media hari ini menyelar 'Program 100 Hari' Pakatan Rakyat yang diterbitkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 minggu lalu yang menggariskan perubahan yang bakal dilakukan jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum akan datang dengan menganggap ia tidak teliti dan memberi amaran kepada rakyat agar tidak terpengaruh dengan janji mereka.
Bagaimanapun menurut Abdullah Sani, kegagalan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang mengakibatkan negara kehilangan berbilion-bilion setiap tahun seperti mana yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara setiap tahun.
Malah keadaan bertambah teruk dengan pelbagai cerita yang dikeluarkan seperti pemberian tanah bernilai RM 40 Bilion milik tentera di Sungai Besi kepada kroni dan program 'bailout' syarikat kroni UMNO seperti yang berlaku kepada Bakun dan Sime Darby.
Justeru beliau menganggap kenyataan Muhyiddin sebagai mendedahkan muka sebenar UMNO.
"Ini memberikan gambaran isyarat bahawa UMNO tidak mementingkan rakyat yang banyak. Yang dia penting ialah individu. Dan kesan daripada hasil mahsul ini juga diberi kepada mereka yang tidak sepatutnya diselamatkan dalam bentuk mengambil wang rakyat, memunggah harta rakyat dan memberikan kepada pengkhianat ini yang mementingkan diri sendiri. Ini konsep UMNO yang mereka lakukan sebab dia TPM, dia harus memegang watak dan dasar yang sebenar," katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdullah Sani bersedia untuk terus membawa isu golongan pekerja dengan lebih berkesan jika terpilih menjadi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dalam pemilihan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Beliau bertekad menggunakan jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi terus memperjuangkan isu seperti Tabung Persaraan, Gaji Minima dan pelbagai lagi isu yang membelenggu 11.2 juta pekerja di negara ini.

Beliau disaingi oleh J.Solomon dan Halim Mansor dalam jawatan ini yang dikosongkan oleh penyandang G. Rajasekaran yang tidak akan mempertahankan jawatannya.

"Tanggungjawab dan ruang ini harus diberikan kepada mereka yang terpilih nanti dan saya yakin dengan amanah ini sekiranya saya digalaskan dengan kemenangan ini, saya akan berperanan sepertimana di Parlimen sebelum semua isu yang dibangkitkan sebelum ini sudah diangkat ke Kementerian Sumber Manusia untuk diberi perhatian yang serius," katanya.

Morib Challenge 2010

CATEGORY: , | Wednesday, December 8, 2010
0
Orang ramai adalah dijemput menyertai Morib Challenge 2010 anjuran Majlis Daerah Kuala Langat dan Persatuan Olahraga Amatur Daerah Kuala Langat

Tarikh : 12 Disember 2010 
Waktu : 7.00 pagi 
Lokasi : Pantai Morib.

Antara kategori yang dipertandingkan seperti :
  • Lelaki Veteran 45 tahun ke atas 
  • Wanita Veteran 45 tahun ke atas 
  • Lelaki Senior 18 tahun hingga 44 tahun 
  • Wanita Senior 18 tahun hingga 44 tahun 
  • Lelaki Junior 13 hingga 17 tahun
  • Wanita Junior 13 tahun hingga 17 tahun.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Belia Dan Kemasyarakatan Majlis Daerah Kuala Langat di talian : 03 – 3180 3140