Have an account?

Program-program terkini


PROGRAM FESTIVAL JALANAN

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 10:00 pagi - 02:30 petang

Tempat : Pantai Morib

Larian Kemasyarakatan Pantai Morib

Tarikh : 12 December 2010

Waktu : 07:00 pagi

Tempat : Pantai Morib

Perigi Lama Jugra

CATEGORY: | Monday, March 8, 2010
0
Monumen : Perigi Lama Jugra
Daerah : Kuala Langat
Mukim : Bandar Jugra

Tapak Perigi Lama Jugra ini terletak di kaki Bukit Jugra, kira-kira 200 meter dari Bangunan Muzium Tapak (Insitu) Jugra, Kuala Langat. Tapak Perigi Lama ini di jumpai semasa kerja-kerja survei arkeologi dijalankan pada bulan November 2001. Di sekitar tapak ini terdapat beberapa unit perigi lama yang dipercayai digunakan sebagai sumber air pada masa dahulu.  Di kawasan tapak ini juga dipercayai terdapatnya runtuhan banguan berdasarkan jumpaan sebahagian kecil tembok atau dinding batu yang masih elok semasa kerja-kerja carigali dijalankan pada tahun 2003. Selain jumpaan tembok batu tersebut, jumpaan-jumpaan lain seperti serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam juga telah ditemui.  

Makam DiRaja Lama Jugra

CATEGORY: |
0

Makam Diraja Jugra merupakan sebahagian dari bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada sekitar tahun 1886. Kawasan ini juga di kenali sebagai kompleks Makam Diraja dan secara keseluruhanya, kawasan permakaman ini berpagar. Antara makam yang terdapat dalam Kompleks ini adalah Makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah mangkat pada bulan Februari 1898.


Memerintah dari tahun 1859 hingga 1898, Manakala makam-makam lain yang telah terletak dibahagian luar Kompleks antaranya adalah Makam Almarhum Tengku Muda Musa, Makam Almarhumah Tunku Alfah binti Almarhum Sultan Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat, Makam Almarhumah Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul Samad dan Yang Mulia Raja Kahar. Makam Sultan Abdul Samad terletak di atas Bukit Jugra meliputi kawasan seluas 5 ekar, terdapat antara lain binaan kompleks Makam DiRaja Jugra yangmana merupakan makam Sultan Abdul Samad.

Penjara Lama Jugra

CATEGORY: |
0

Penjara Jugra atau dahulu dikenali sebagai Rumah Pasung ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Ia merupakan penjara pertama di Negeri Selangor dan dibina daripada batu granit yang amat unik. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad sekitar 1870-an semasa Jugra menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Selangor. Pada masa sekarang hanya tinggal beberapa bahagian tembok binaan yang masih kukuh dan penjara ini telah dibaik pulih dan dipelihara oleh pihak Lembaga Muzium Selangor.

Pejabat Lama Daerah Jugra

CATEGORY: |
0

Bangunan yang merupakan bekas Pejabat Daerah Kuala Langat terletak di lereng Bukit Jugra dan berhampiran dengan Sungai Langat. Bangunan ini dibina pada tahun 1876 dan dibina daripada batu granit dan mempunyai dua tingkat. Atapnya pula adalah jenis yang sama dengan atap yang digunakan di Istana Jugra. Bangunan ini merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris. Ia juga memberi bukti dan gambaran berhubung dengan sistem pemerintahan Inggeris di Selangor.Pejabat Daerah ini telah digunakan sebagai pusat pentadbiran yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan dan perundangan negeri.Di dalam bangunan ini juga terdapat bank dan mahkamah yang bertujuan untuk mempermudahkan pengurusan. Bangunan ini perlu di pelihara supaya dapat dijadikan salah satu kawasan yang memperlihatkan kesan dan tinggalan penjajahan Inggeris khususnya di daerah Kuala Langat da Selangor amnya.

Majlis Korban MPP Zon 16 - MDKL

CATEGORY: | Friday, December 4, 2009
0
Program Ibadah Korban Berkelompok MPP Zon 16 MDKL Dengan Kerjasama Surau AsSolehah Kampung Kurau, Bandar.


Koleksi Gambar Majlis

Powered by GoodWidgets.com
Tarikh : 29 November 2009
Hari : Ahad
Tempat : Surau AsSolehah Kampung kurau, Bandar
Masa : 08:30 pagi
  • - Penyerahan akad antara peserta korban dengan penyembelih
  • - Majlis penyembelihan & gotong royong melapah serta pengagihan daging korban
  • 12:30 tegahari
  • - Doa selamat
  • - Jamuan
  • - Bersurai

Program korban yang dianjurkan oleh MPP Zon 16 MDKL dan Surau As-Soleha Kg.Kurau Bandar merupakan program yang julung-julung kali di adakan dikawasan tersebut. Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan dengan melibatkan 72 orang peserta.Walaupun surau tersebut terletak di luar kawasan operasi,adalah menjadi harapan supaya kawasan-kawasan kawalan juga di beri pendedahan tenteng keterlibatan PBT yang selama ini tidak pernah diberitahu.Dengan berkonsepkan gotong royong ia dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim masyarakat setempat.



Koleksi Video Majlis